Apa khabar korang yer? Insyaallah semuanya dilindungi Allah .
Hari ni ayep nak share pasal ??? hihi .. wanita / perempuan / isteri atau huiasan dunia.
betapa pentingnya wanita ini sehingga dirakamkan Allah swt mengenainya di dalam kitab yang agung iaitu Al-Quran Al-Karim iaitu didalam surah An-Nisa' . Alangkah beruntungnya wanita apabila nama mereka diangkat di dalam Al-Quran seperti Mariam , Zulaikha dan banyak lagi .. Masyaallah ..
Wanita bukan sahaja mempunyai kisah mereka masing-masing, malahan mereka juga menjadi ikon kepada manusia sejagat dan menjadi panduan kepada sekalian mahluk dalam memimpin diri bertunjangkan asas Islam yang kukuh . Apa lagi tentang wanita ? Acap kali kita dengar dari corong-corong radio mahupun di media massa , kehebatan wanita yang tampak terserlah ialah sifat kesabaran yang mereka perolehi . Kenapa? Sebab wanitalah yang melakukan semua perkara ,, korang tak caya? cuba korang tengok ibu korang .. dari mula korang dilahirkan sehinggalah sekarang , berapa banyak perkara atau kenakalan yang korang buat? huhuhu .. siapa yang tegur korang sekiranya korang buat salah tanpa berhenti? semestinya ibu kan .. Allah kurniakan kepada perempuan itu sifat sabar yang tidak boleh ditandingi oleh kaum Adam .. Subhanallah..
Namun pada zaman Generasi Y ini adakah wanita yang ada sama seperti wanita pada zaman Rasulullah? Jika kita renung sejenak apa yang berlaku sekarang dimana wanita melahirkan anak tidak sah taraf semakin berleluasa , penzinaan secara tidak terkawal , isteri derhaka kepada suami dan macam-macam lagi . Adkah ini semua 100% berpunca daripada kurangnya tarbiah daripada ibu bapa? Akhlak dan iman yang goyah juga faktor pemangkin gejala ini berlaku. Ingin ayep kongsikan disini Hadis Rasulullah saw yang bermaksud:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)
Jelas disini menunjukkan bahawa wanita sekarang perlu sedar dan bangkit dalam menghadapi era sains dan teknologi ini supaya kamu boleh setanding dengan orang2 yang berjaya . Tiada masa lagi untuk kamu berlengah-lengah lagi .. lakukan amar makruf nahi mungkar !! Jangan sampai maruah kamu tergadai disebabkan nafsu yang mengawal diri kamu dan ayuhlah bangkit wahai kaum Hawa .. agar kamu semua tidak termasuk dalam golongan orang2 yang dinyatakan di dalam hadis diatas.
Sebelum ayep habiskan kata2 ayep ingin ayep kongsikan sebuah lagi hadis yang membolehkan para wanita memperoleh syurga Allah swt berpandukan 4 syarat yang diperkatakan di dalam Hadis Rasulullah dalam Kitab Bahru Al-Madzi tersebut iaitu :
1. Mendirikan solat lima waktu.
2. Puasa di bulan ramadan,
3. Menjaga farajnya (maruah diri).
4. Mentaati perintah suami.
Mudah-mudahan dengan perkongsian kali ini ayep harap lebih ramai pemudi Islam yang sedar dan bangkit ke arah yang lebih baik . Ingatlah Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud "Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa , melainkan mereka mengubah nasib merekan sendiri " , Semoga firman Allah ini sedikit sebanyak dapat menjadi iktibar kepada pembaca ayep yang ayep sayang ni .. hihi
Akhirnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari diri ayep yang kerdil ini . Assalamualaikum wbt .. doakan ayep ehh supaya berjaya dalam SPM yang akan datang .. Insyaallah.
"Dunia Biarlah Berpenat , Akhirat Tempat Aku Berehat"

No comments:
Post a Comment