Dalam kehebatan bulan ni adakah kita sedar yang banyak sebenarnya perkara yang kita telah rugi .. antarany ialah masa .. Ayep telah menyentuh pasal masa pada entri yang sebelum ni .. kita ni terlalu banyak terleka dengan hidangan dunia yang penuh dosa .. namun apakah inisiatif kita untuk membuat ianya semakin baik ? ataupun kita sekadar ambil endah tak endah sahaja ? Tepuk dada tanya iman la yer ..
Antara yang kita selalu buat time puasa ni ialah pembaziran kn? Sebelum tu ayep nak share pasal makna puasa yang sebenarnya ialah menahan diri daripada makan dan minum dan daripada perkara2 yang membatalkan puasa termasuklah perkara2 mazmumah seperti pembaziran . semua tahu kn yg amalan membazir tu amalan syaitan ..malahan Allah turut merakamkan mengenai pembaziran di dalam Al Quran ..
Allah berfirman yang bermaksud, "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya"
(Surah Al-Isra, 27)
Ini suatu gambaran yang amat keras kerana syaitan itu makhluk yang paling ingkar terhadap perintah Allah.
Berhubung larangan pembaziran ini juga, Rasulullah SAW bersabda di dalam hadisnya yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi sedekah miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegah ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-adakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta."
Berhubung larangan pembaziran ini juga, Rasulullah SAW bersabda di dalam hadisnya yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi sedekah miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegah ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-adakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta."
(Riwayat al-Bukhari)
Tengok tu walaupun hadis mengatakan yang pada bulan Ramadan iblis dibelenggu tapi jika kita membazir?? bukan salah iblis kn.. tpi salah diri kita .. nafsu yang tidak dapat dikawal .. Subhanallah..
Jangan tamak tau ..
Masyaallah cuba kita fikirkan tentang saudara mara kita di luar sana yang amat memerlukan .. ni kita ? terlebih pulak..
Ingat jika syaitan tak ada .. bermakna kita dapat tahu kelemahan nafsu kita dimana..
Masyaallah semua gambar diatas adalah sekadar peringatan untuk kita semua Insyaallah ..Okey lah sekadar ini sahaja perkongsian yang ayep leh kongsikan untuk semua .. harap2 berguna untuk semua.. yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk databgnya daripada kelemahan diri saya sendiri yang banyak melakukan kekhilafan .. assalamualaikum ..
"Dunia Biarlah Berpenat , Akhirat Tempat Aku Berehat"
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment