Sunday, 14 December 2014

Kisah 1 : Hormat Kepada Kedua Ibu Bapa

            Assalamualaikum .. heee hari ni Ayep nak cerita pasal bab hormati ibu bapa atas kisah daripada sirah pada zaman junjungan Nabi Muhammad SAW .. moga2 kisah ini jadi teladan kepada kita ..



HORMAT KEPADA KEDUA IBU BAPA

Pada zaman Rasulullah SAW ada seorang pemuda yang bernama Alqomah . Beliau sangat rajin beribadat . Suatu hari Alqomah jatuh sakit yang sangat kuat sehingga nazak , maka isterinya menyuruh orang memanggil Rasulullah SAW . Apabila berita ini sampai kepada Rasulullah SAW , maka Rasulullah SAW menyuruh Bilal r.a. , Saidina Ali , Salman dan Ammar r.a. supaaya melihat keadaan Alqomah . Apabila sambil mentalqinkan Alqomah namun beliau tidak dapat menyebutnya .

Ketika para sahabat mendapati bahawa Alqomah akan kembali kerahmatullah , maka mereka menyuruh Bilal r.a. supaya memberitahu Rasulullah SAW  tentang keadaan Alqomah . Apabila Bilal r.a. sampai di rumah Rasulullah SAW , Bilal r.a. menceritakan segala hal yang berlaku kepada Alqomah . Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada Bilal r.a. : Apakah ayah Alqomah masih hidup ? Jawab Bilal r.a. "Tidak , ayahnya sudah meninggal , tetapi ibunya masih hidup dan sangat tua usianya ". Kemudian Rasulullah SAW memerintahkan Bilal r.a. supaya menyampaikan salam Rasulullah SAW , sekiranya ia tidak mahu datang menemui Rasulullah SAW , maka Rasulullah sendiri akan menemuinya . 

Maka apabila Bilal r.a. sampai di rumah ibu Alqomah , lalu ia berkata seperti yang Rasulullah berkata kepadanya , maka berkata ibu Alqomah ; " Aku lebih patut berjumpa dengan Rasulullah SAW ". Lalu ibu Alqomah mengangkat tongkat dan terus berjalan menuju ke rumah Rasulullah SAW . Maka Nabi Muhammad SAW meminta supaya menerangkan apakah permasalahannya dengan Alqomah , Ibu Alqomah menjawab , "Ia sangat rajin beribadat ,ia sembahyang , berpuasa dan sangat suka bersedekah sebanyak-banyaknya sehingga tidak diketahui banyaknya"  . " Aku murka kepadanya ,
 kerana ia patut mengutamkan aku dari isterinya "

Rasulullah SAW menerangkan bahawa kemurkaan itulah yang menyebabkan Alqomah tidak dapat  mengucap , lalu Rasulullah SAW memerintahkan para sahabat mengumpulkan kayu api untuk membakar Alqomah . Apabila ibu Alqomah mendengar perintah Rasulullah SAW lalu ia bertanya ;   " Wahai Rasulullah SAW , kamu hendak membakar puteraku didepan mataku ? ". Kemudian berkata Nabi Muhammad SAW : " Wahai ibu Alqomah , siksa Allah SWT itu lebih berat dan kekal , oleh itu jika kamu mahu Allah SWT mengampunkan dosa anakmu itu , maka hendaklah kamu mengampuninya ", demi Allah SWT yang jiwaku ditangannya , tidak akan guna solaynya , sedekahnya , selagi kamu murka kepadanya ".

Maka berkata ibu Alqomah sambil mengangkat kedua tangannya ; " Ya Rasulullah ! Aku persaksikan kepada Allah SWT dilangit dan kau Ya Rasulullah serta mereka-mereka yang hadir disini bahawa aku redha pada anakku Alqomah ". Rasulullah SAW pun mengarahkan Bilal r.a. pergi melihat Alqomah . Maka Bilal r.a. sampai di rumah Alqomah tiba2 terdengar suara Alqomah menyebut
  " Laila ha illallah "

Maka Rasulullah SAW pun sampai di rumah Alqomah lalu memerintahkan supaya dimandikan , dikafankan dan disembahyangkan oleh Nabi Muhammad SAW sambil berdiri dekat kubur ; " Hai sahabat Muhajirin dan Ansar , barang siapa yang mengutamakan isterinya daripada ibunya maka ia adalah dilaknat oleh Allah SWT dan tidak diterima daripadanya ibadat fardhu dan sunatnya " .


Pengajaran yang boleh diambil adalah seperti : 

1.Taatilah perintah ibu dan bapa selagi mereka tidak menyuruh melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT .

2. Sentiasalah memohon keampunan kepada ibu walaupun kita tidak melakukan kesalahan kepadanya secara terang mungkin hatinya terguris tanpa disedari .

3. Sayangilah mereka biarpun kasih sayang kita telah terbahagi kepada dua dengan isteri , kerana ketaatan seseorang isteri wajib kepada suaminya , ketaatan seorang anak adalah kepada ibu bapanya .

4. Jagalah mereka dengan ikhlas dan berbicaralah dengan mereka menggunakan bahasa yang baik , lebih-lebih lagi ketika diusia emas mereka .



" Dunia Biarlah Berpent , Aakhirat Tempat Aku Berehat "


Sunday, 30 November 2014

Tanggungjawab Ayah Bonda Tercinta


Assalamualaikum wbt. sahabat semua .. alhamdulillah baru berkesempatan mengupdate blog ni .. baiklah tak yah citer panjang2 .. hari ni Ayep nak share pasal aurat ..

korang mesti tahu apa yang ingin disampaikankan drpd pic ni kan? huhu .. bacalah








Duhai ayah bonda sekalian .. apabila anak2 memandang agama itu kecil pada mereka .. sebenarnya itulah tugas ayah bonda untuk membuat anak2 melihat agama itu besar pada mereka .. jika sekarang anak2 tidak menutup aurat .. SEDARLAH wahai ayah bonda mengenainya .. jangan kita hanya mampu melihat sahaja mereka membuka aurat dgn sewenang-wenangnya... 

Jika hari ini anak2 tidak menutup aurat .. langkah yg drastik mesti diambil oleh ayah bonda sekalian .. kerana anak2 ialah aset untuk ayah bonda dunia akhirat .. sebab bila seorang itu meninggal hanya 3 perkara sahaja yg bakal dibawanya ; 1.amal soleh 2.sedekah 3ANAK2 SOLEH YG MENDOAKAN IBU BAPANYA .. 

Betepa indahnya menjadi ibu bapa andai anak2 yg dilahirkan , dibesarkan dan ditatang bagai minyak yg penuh menjadi anak2 yg soleh dan solehah dan menutup aurat .. Jaminan untuk ayah bonda di akhirat kelak Insyaallah .. Ingat yer ayah bonda .. jangan kita minta pujian daripada mahluk sebab mahluk amat lemah untuk memberi pujian ... tetapi mengharaplah pujian drpd Allah sebab Dia yg Maha Berkuasa .. Insyaallah jika kita jaga hubungan dengan Allah .. Allah sentiasa jaga kita ..
Rabbi Yassir Wala Tu'assir , Rabbi Tammim Bil Khair




" Dunia Biarlah Berpenat , Akhirat Tempat Aku Berehat "

Saturday, 11 October 2014

SANAH HELWAH SAHABAT !

Assalamualaikum wbt semua .. apa kabar semua? mudah-mudahan kita semua diberkati Allah .. Hari ni baru berkesempatan membuka laptop dan update blog ni..alhamdullilah Allah masih bagi ruang dan peluang untuk ayep kemaskini blog ayep ni .. tok sah buang masa .. hari ni ayep nak citer pasal birthday sahabar ayep iaitu Hazwan a.k.a teman sekelas .









Aku harap dengan "berganjaknya"umur kau , kau akan jadi the best among the best Insyaallah . Aku doakan kau berjaya dalam kehidupan dunia akhirat serta dapat mencapai cita-cita yang kau impi-impikan iaitu seorang dentist  .. aminn .. sorry sebab banyak sangat dugaan yang kau kene hadapi sepanjang beberapa hari sebelum kejadian .. haha mudah-mudahan ukhwah yang terjalin antara kita diberkati Allah dan berkekalan sehingga akhir nyawa.. cewahhh.. sanah helwah sahabat ...


" Dunia Biarlah Berpenat , Akhirat Tempat Aku Berehat "


Tuesday, 30 September 2014

Warna Warni Kehidupan

Assalamualaikum semua!!


Gambar Hiasan .. *** haha


today i want to share something that can make our live become more colourful with kata2 hikmah .. haha..konon nak berbahasa Inggeris .. okey straight to the point ..

1.Jangan terlalu berharap dengan orang lain kerana bayang-bayang kita pon tinggalkan kita bila dalam kegelapan !

2.Putih-putih lampu kalimantang , merah-merah sakit mata , Jangan kita lupa sembahyang , bila mati itulah harta !

3.Jika kita sanggup senyum untuk 5 saat bagi memastikan gambar kita lebih cantik , cuba teruskan senyum , apa akan jadi pada hidup kita ? hehe !


" Dunia Biarlah Berpenat , Akhirat Tempat Aku Berehat "

Friday, 26 September 2014

Tarbiah Bonda

Assalamualaikum wbt .. hari ni nak share pasal tarbiah bonda .. benda ni jarang2 orang titikberatkan walhal pendidikan yang pertama diterima oleh anak2 ialah pentarbiahan daripada ibu .. sungguh jasa mereka tak dapat ayep balas .. antara cara nak balas jasa ibu :

>Doakan mereka
>Taat suruhan
>Jadi anak soleh/solehah
>Jaga mereka bila sampai masanya
>Hormat mereka walaupun tidak sesempurna orang   yang kita anggap "sempurna"

Al quran ada menyatakan bahawa :-
"Reda Allah berantung pada reda ibu " so nak dpat reda Allah mestilah dapat reda ibu Insyaallah

" Dunia Biarlah Berpenat , Akhirat Tempat Aku Berehat "

Thursday, 18 September 2014

Indahnya Hidup ... lalalala


Assalamualaikum.. semua sihat? .. alhamdullilah semua sihat insyaallah..
ni kisah masa hidup saya haha..sekadar menghilangkan bosan mlm ni..haha tgk la


alololo..kucing??????hahhaa..pecah rekod


muka grrrrrr...haha




"Dunia Biarlah Berpenat , Akhirat Tempat Aku Berehat "

Friday, 29 August 2014

Assalamualaikum semua!
Lama tak kemaskini blog ni.. alhamdullilah sejak dua menjak ni terbizy dengan urusan yang Allah bagi .. alhamdullilah hari ni sempat jugak untuk jenguk .. tak yah citer panjang2 .. hari ni nak share pasal isteri ..haha nampak mcm blom sesuai kan??? ...haa..tapi seronok tengok org dinikahkan oleh abah .. buat hati ni excited je nak kahwin ..haha... tapi tu semua mainan minda saja .. study..study..study dulu..huhu..nah ayep nak share lagu je hari  ni.. moga yg mendengarnya akan menjadi seperti apa yang dinukilkan dalam lirik ini Insyaallah..
Bye!Assalamualaikum



"Dunia Biarlah Berpenat , Akhirat Tempat Aku Berehat"