Sunday, 14 December 2014

Kisah 1 : Hormat Kepada Kedua Ibu Bapa

            Assalamualaikum .. heee hari ni Ayep nak cerita pasal bab hormati ibu bapa atas kisah daripada sirah pada zaman junjungan Nabi Muhammad SAW .. moga2 kisah ini jadi teladan kepada kita ..



HORMAT KEPADA KEDUA IBU BAPA

Pada zaman Rasulullah SAW ada seorang pemuda yang bernama Alqomah . Beliau sangat rajin beribadat . Suatu hari Alqomah jatuh sakit yang sangat kuat sehingga nazak , maka isterinya menyuruh orang memanggil Rasulullah SAW . Apabila berita ini sampai kepada Rasulullah SAW , maka Rasulullah SAW menyuruh Bilal r.a. , Saidina Ali , Salman dan Ammar r.a. supaaya melihat keadaan Alqomah . Apabila sambil mentalqinkan Alqomah namun beliau tidak dapat menyebutnya .

Ketika para sahabat mendapati bahawa Alqomah akan kembali kerahmatullah , maka mereka menyuruh Bilal r.a. supaya memberitahu Rasulullah SAW  tentang keadaan Alqomah . Apabila Bilal r.a. sampai di rumah Rasulullah SAW , Bilal r.a. menceritakan segala hal yang berlaku kepada Alqomah . Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada Bilal r.a. : Apakah ayah Alqomah masih hidup ? Jawab Bilal r.a. "Tidak , ayahnya sudah meninggal , tetapi ibunya masih hidup dan sangat tua usianya ". Kemudian Rasulullah SAW memerintahkan Bilal r.a. supaya menyampaikan salam Rasulullah SAW , sekiranya ia tidak mahu datang menemui Rasulullah SAW , maka Rasulullah sendiri akan menemuinya . 

Maka apabila Bilal r.a. sampai di rumah ibu Alqomah , lalu ia berkata seperti yang Rasulullah berkata kepadanya , maka berkata ibu Alqomah ; " Aku lebih patut berjumpa dengan Rasulullah SAW ". Lalu ibu Alqomah mengangkat tongkat dan terus berjalan menuju ke rumah Rasulullah SAW . Maka Nabi Muhammad SAW meminta supaya menerangkan apakah permasalahannya dengan Alqomah , Ibu Alqomah menjawab , "Ia sangat rajin beribadat ,ia sembahyang , berpuasa dan sangat suka bersedekah sebanyak-banyaknya sehingga tidak diketahui banyaknya"  . " Aku murka kepadanya ,
 kerana ia patut mengutamkan aku dari isterinya "

Rasulullah SAW menerangkan bahawa kemurkaan itulah yang menyebabkan Alqomah tidak dapat  mengucap , lalu Rasulullah SAW memerintahkan para sahabat mengumpulkan kayu api untuk membakar Alqomah . Apabila ibu Alqomah mendengar perintah Rasulullah SAW lalu ia bertanya ;   " Wahai Rasulullah SAW , kamu hendak membakar puteraku didepan mataku ? ". Kemudian berkata Nabi Muhammad SAW : " Wahai ibu Alqomah , siksa Allah SWT itu lebih berat dan kekal , oleh itu jika kamu mahu Allah SWT mengampunkan dosa anakmu itu , maka hendaklah kamu mengampuninya ", demi Allah SWT yang jiwaku ditangannya , tidak akan guna solaynya , sedekahnya , selagi kamu murka kepadanya ".

Maka berkata ibu Alqomah sambil mengangkat kedua tangannya ; " Ya Rasulullah ! Aku persaksikan kepada Allah SWT dilangit dan kau Ya Rasulullah serta mereka-mereka yang hadir disini bahawa aku redha pada anakku Alqomah ". Rasulullah SAW pun mengarahkan Bilal r.a. pergi melihat Alqomah . Maka Bilal r.a. sampai di rumah Alqomah tiba2 terdengar suara Alqomah menyebut
  " Laila ha illallah "

Maka Rasulullah SAW pun sampai di rumah Alqomah lalu memerintahkan supaya dimandikan , dikafankan dan disembahyangkan oleh Nabi Muhammad SAW sambil berdiri dekat kubur ; " Hai sahabat Muhajirin dan Ansar , barang siapa yang mengutamakan isterinya daripada ibunya maka ia adalah dilaknat oleh Allah SWT dan tidak diterima daripadanya ibadat fardhu dan sunatnya " .


Pengajaran yang boleh diambil adalah seperti : 

1.Taatilah perintah ibu dan bapa selagi mereka tidak menyuruh melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT .

2. Sentiasalah memohon keampunan kepada ibu walaupun kita tidak melakukan kesalahan kepadanya secara terang mungkin hatinya terguris tanpa disedari .

3. Sayangilah mereka biarpun kasih sayang kita telah terbahagi kepada dua dengan isteri , kerana ketaatan seseorang isteri wajib kepada suaminya , ketaatan seorang anak adalah kepada ibu bapanya .

4. Jagalah mereka dengan ikhlas dan berbicaralah dengan mereka menggunakan bahasa yang baik , lebih-lebih lagi ketika diusia emas mereka .



" Dunia Biarlah Berpent , Aakhirat Tempat Aku Berehat "


No comments:

Post a Comment