Sunday, 14 December 2014

Kisah 2 : Luqman Al Hakim Dan Telatah Manusia

Assalamualaikum dan saam ukuwah kepada semua! Hehehe .. hai ni Ayepnak sambung cerita lagi mengai Luqman Al Hakim iaitu sorang yang dinukilkan namanyadi dalam A Quran .. masyaallah ..jom bacacerita dia !


Lukman Al Hakim Dan Telatah Manusia


Luqman Al Hakim adalah seorang hamba Allah yang disebut di dalam Al Quran terkenal dengan surah Luqman juga terkenal dengan nasihat2nya kepada anaknya . Luqman adalah seorang tukang kayu berbangsa Habsyi bertubuh pendek dan berhidung mancung dari Nubah dan ada yang berendapat berasal dari Sudan ada juga yang berpendapat bahawa  Luqman adalah hakim di zaman Nabi Daud a.s. Luqman Al Hakim mempunyai pemikiran yang bijaksana segala buah fikirannya sangat baik dan merupakan mutiara2 yang amat berharga .

Pada suatu hari , Luqman Al Hakim telah masuk ke pasar dengan menaiki seekor keldai , manakala anaknya mengikut dari belakang . Melihat tingkah laku Luqman itu , orang yang berada di pasar berkata : " Lihat orang itu yang tidak bertimbang rasa itu ! ,dia menaiki keldai sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki . "

Setelah mendngarkan kata-kata dari orang ramai , Luqman Al Hakim pun turun dari keldainya itu ,lalu diletakkan anaknya di atas keldai itu dan meneruskan perjalanan . Luqman Al Hakim melalui sekumpulan manusia lalu berkata " Lihat orang tua itu berjalan kaki sedangkan anaknya menaiki keldai , sungguh tidak beradap si anak itu ".

Sebaik sahaja mendengar kata2 itu , Luqman Al Hakim pun terus naik ke atas belakang keldai itu bersama-sama dengan anaknya untuk meneruskan perjalanan . Sekali lagi Luqman Al Hakim melalui sekumpulan manusia , mereka berkata " Lihatlah dua orang itu menaiki seekor keldai , kasihan keldai itu seorang manusia pun berat ditanggung apa lagi dua orang manusia ".

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapa orang , maka Luqman Al Hakim dan anaknya turun dari keldai itu dan mengheret keldai itu , lalu meneruskan perjalanan sekali lagi Luqman Al Hakim melalui sekumpulan mausia , kemudian terdengar mereka berkata : " Kenapa mereka itu berjalan kaki sedangkan ada kenderaan tunggagan tetapi tidak dinaiki ".

Dalam perjalanan mereka pulang kerumah , Luqman Al Hakim telah menasihati anaknya  " Wahai anaknya begitulah tabiat dan kelakuan manusia , apa yang dibuat oleh manusia lain tidak ada yang kena pada hati dan pemikiran mereka , oleh itu wahai anakku , jika kita mengambil peduli dengan apa yang mereka katakan , nescaya tidak ada betul pandangan mereka selagi perkara tersebut tidak bercanggah dengan kehendak dan hukum Allah SWT ".

Luqman Al Hakim berpesan lagi kepada anaknya , katanya " Wahai anakku , carilah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir kerana fakir itu akan menyebabkan tipis imannya kerana kefakiran itu akan mendorong lupa kepada Allah SWT yang telah menentukan Qada' da Qadar . Manusia yang lemah akalnya akan tertipu dan mudah diperdaya orang serta akan hilang kemulian hatinya disebabkan kefikiran itu menyebabkan ia boleh terjerumus melakukan perkara2 yang dimurkai oleh Allah SWT . Ingatlah bahawa manusia yang paling celaka ialah orang yang suka merendah-rendahkan agama sedangkan agama khususnya Agama Islam amat tinggi disisi Allah SWT ".



Pengajaran Daripada Cerita Luqman Al Hakim Adalah Sepert :

1. Umat Islam hendaklah mencari rezeki yang baik dan halal kerana mencari yang baik dan halal menjauhkan kita daripada azab api neraka .

2. Orang yang fakir boleh menyebabkan iman menjadi lemah dan mudah ditipu dan diperdaya orang .

3. Kita hendaklah sentiasa menghayati ajaran Islam dalam kehidupan seharian kerana penghayatan yang mantap terhadap agama yang menyelamatkan kita dari melakukan perkara2 yang ditegah oleh Allah SWT .

4. Beristiqamah di dalam melakukan apa juga tindakan asalkan ianya memang datangnya dari ajaran agama dan tinggalkannya sikap mengikut sesuatu perkara secara membabi buta tanpa ada sandaran yang kukuh .



" Dunia Biarlah Berpenat , Akhirat Tempat Aku Berehat "

No comments:

Post a Comment