Saturday, 11 October 2014

SANAH HELWAH SAHABAT !

Assalamualaikum wbt semua .. apa kabar semua? mudah-mudahan kita semua diberkati Allah .. Hari ni baru berkesempatan membuka laptop dan update blog ni..alhamdullilah Allah masih bagi ruang dan peluang untuk ayep kemaskini blog ayep ni .. tok sah buang masa .. hari ni ayep nak citer pasal birthday sahabar ayep iaitu Hazwan a.k.a teman sekelas .









Aku harap dengan "berganjaknya"umur kau , kau akan jadi the best among the best Insyaallah . Aku doakan kau berjaya dalam kehidupan dunia akhirat serta dapat mencapai cita-cita yang kau impi-impikan iaitu seorang dentist  .. aminn .. sorry sebab banyak sangat dugaan yang kau kene hadapi sepanjang beberapa hari sebelum kejadian .. haha mudah-mudahan ukhwah yang terjalin antara kita diberkati Allah dan berkekalan sehingga akhir nyawa.. cewahhh.. sanah helwah sahabat ...


" Dunia Biarlah Berpenat , Akhirat Tempat Aku Berehat "


Tuesday, 30 September 2014

Warna Warni Kehidupan

Assalamualaikum semua!!


Gambar Hiasan .. *** haha


today i want to share something that can make our live become more colourful with kata2 hikmah .. haha..konon nak berbahasa Inggeris .. okey straight to the point ..

1.Jangan terlalu berharap dengan orang lain kerana bayang-bayang kita pon tinggalkan kita bila dalam kegelapan !

2.Putih-putih lampu kalimantang , merah-merah sakit mata , Jangan kita lupa sembahyang , bila mati itulah harta !

3.Jika kita sanggup senyum untuk 5 saat bagi memastikan gambar kita lebih cantik , cuba teruskan senyum , apa akan jadi pada hidup kita ? hehe !


" Dunia Biarlah Berpenat , Akhirat Tempat Aku Berehat "

Friday, 26 September 2014

Tarbiah Bonda

Assalamualaikum wbt .. hari ni nak share pasal tarbiah bonda .. benda ni jarang2 orang titikberatkan walhal pendidikan yang pertama diterima oleh anak2 ialah pentarbiahan daripada ibu .. sungguh jasa mereka tak dapat ayep balas .. antara cara nak balas jasa ibu :

>Doakan mereka
>Taat suruhan
>Jadi anak soleh/solehah
>Jaga mereka bila sampai masanya
>Hormat mereka walaupun tidak sesempurna orang   yang kita anggap "sempurna"

Al quran ada menyatakan bahawa :-
"Reda Allah berantung pada reda ibu " so nak dpat reda Allah mestilah dapat reda ibu Insyaallah

" Dunia Biarlah Berpenat , Akhirat Tempat Aku Berehat "

Thursday, 18 September 2014

Indahnya Hidup ... lalalala


Assalamualaikum.. semua sihat? .. alhamdullilah semua sihat insyaallah..
ni kisah masa hidup saya haha..sekadar menghilangkan bosan mlm ni..haha tgk la


alololo..kucing??????hahhaa..pecah rekod


muka grrrrrr...haha




"Dunia Biarlah Berpenat , Akhirat Tempat Aku Berehat "

Friday, 29 August 2014

Assalamualaikum semua!
Lama tak kemaskini blog ni.. alhamdullilah sejak dua menjak ni terbizy dengan urusan yang Allah bagi .. alhamdullilah hari ni sempat jugak untuk jenguk .. tak yah citer panjang2 .. hari ni nak share pasal isteri ..haha nampak mcm blom sesuai kan??? ...haa..tapi seronok tengok org dinikahkan oleh abah .. buat hati ni excited je nak kahwin ..haha... tapi tu semua mainan minda saja .. study..study..study dulu..huhu..nah ayep nak share lagu je hari  ni.. moga yg mendengarnya akan menjadi seperti apa yang dinukilkan dalam lirik ini Insyaallah..
Bye!Assalamualaikum



"Dunia Biarlah Berpenat , Akhirat Tempat Aku Berehat"

Friday, 25 July 2014

Ramadan Terakhir?

Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca yang setia .. lama tak update blog .. disebabkan amanah yang mahu dipikul terlalu banyak .. tapi alhamdulillah hari ni diberi kesempatan untuk menulis coretan yang tidak hebat mana pun ..

           Pertamanya ingin ayep bersyukur kehadrat yang maha berkuasa kerana dapat menyambut 10 malam terakhir ramadan pada tahun ni .. korang macam mana? mudah-mudahan malam lailatulqadar dapat ditemui .. tidak hairanlah ramai orang berpusu-pusu melaksanakan ibadah kepada Allah disetiap saat 10 malam terakhir ni , namun jangan setakat pada 10 malam terakhir ni sahaja kita tawadduk kepada Allah bahkan kalau boleh setiap bulan juga dilakukan perkara yang sama pada bulan-bulan yang lain .

            Hari ni tajuk entri ialah ramadan terakhir? .,. tajuk ini ayep pilih kerana adakah kita akan bertemu dengan ramadan pada tahun hadapan? Sungguh kita hanya merancang .. tapi Allah lah perancang terhebat untuk seorang yang hambanya . Setiap saat dibulan ini sepatutnya dihargai dan digunakan dengan sebaik mungkin tanpa melakukan perkara laranganNya ..




Ramadan bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum .. tapi menahan dari melakukan perkara yang bertentangan .. hebat nya umat terdahulu walaupun berpuasa lapar dan dahaga .. tapi mereka boleh berperang di jalan Allah seperti perang Badar .. inilah yang sebenarnya Islam terapkan bagi setiap umat  agar kuat untuk menghadapi cabaran dalam apa jua situasi .

Ramai orang mencari malam lailatulqadar hanya dimalam hari .. namun disiang hari ? solat tidak dijaga, mengumpat dan sebagainya yang hanya mampu mengurangkan pahala dan menambahkan kepenatan sahaja. Oleh yang demikian , kita seharusnya berusaha beribadah di siang dan di malam hari .. sebelum ajal datang bertamu .. ajal tidak mungkin diberutahu oleh Allah kepada seseorang untuk menghadapi .. namun hambaNya itu hendaklah bersedia bagi menghadapi kematian.

Kematian itu pasti .. tapi apakah kita sudah bersedia? ayep suka berpegang kata-kata ini "rumah kata pergi , kubur kata mari " ..menunjukkan kita ni sapa lah untuk menentukan tarikh kematian.. oleh itu kita haruslah beribadah dan mengigati Allah sepenuhnya terutama pada bulan Ramadan ini amnya dan pada 10 malam terakhir ini khasnya bagi memantapkan iman kita .. ni ayep ada selitkan gambar menunjukkan amalan nabi semasa menghadapi 10 malam terakhir ..




Alhamdullilah setakat ini sahaja perkongsian ayep pada kali ini .. ayep ingin meminta keampunan kepada semua pembaca sepanjang ayep menulis blog ni .. selamat mengejar malam lailatulqadar dan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua pembaca yang ayep sayang..hihi.. yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu datang dari kelemahan dari diri ayep yang hina ini.. mudah-mudahan kita semua sentiasa dibawah lindunganNya.



" Dunia Biarlah Berpenat , Akhirat Tempat Kita Berehat "

Thursday, 3 July 2014

Alahai Ruginya ..

Assalamualaikum wbt. Apa khabar semuanya? harap semua sihat Insyaallah .. hari ni dah 6 hari dah kita menyambut Ramadan .. Alhamdullilah ya Allah .. namun disebalik kegembiraan nagi menyambut bulan yang teramat special ni .. adakah kita menggunakan setiap saat , minit , jam ,hari dengan sebaiknya ? Adakah diisikan dengan aktiviti2 yang berfaedah?

           Dalam kehebatan bulan ni adakah kita sedar yang banyak sebenarnya perkara yang kita telah rugi .. antarany ialah masa .. Ayep telah menyentuh pasal masa pada entri yang sebelum ni .. kita ni terlalu banyak terleka dengan hidangan dunia yang penuh dosa .. namun apakah inisiatif kita untuk membuat ianya semakin baik ? ataupun kita sekadar ambil endah tak endah sahaja ? Tepuk dada tanya iman la yer .. 

Antara yang kita selalu buat time puasa ni ialah pembaziran kn? Sebelum tu ayep nak share pasal makna puasa yang sebenarnya ialah menahan diri daripada makan dan minum dan daripada perkara2 yang membatalkan puasa termasuklah perkara2 mazmumah seperti pembaziran . semua tahu kn yg amalan membazir tu amalan syaitan ..malahan Allah turut merakamkan mengenai pembaziran di dalam Al Quran ..

Allah berfirman yang bermaksud, "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya" 
(Surah Al-Isra, 27)
Ini suatu gambaran yang amat keras kerana syaitan itu makhluk yang paling ingkar terhadap perintah Allah.

Berhubung larangan pembaziran ini juga, Rasulullah SAW bersabda di dalam hadisnya yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi sedekah miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegah ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-adakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta." 
(Riwayat al-Bukhari)





Tengok tu walaupun hadis mengatakan yang pada bulan Ramadan iblis dibelenggu tapi jika kita membazir?? bukan salah iblis kn.. tpi salah diri kita .. nafsu yang tidak dapat dikawal .. Subhanallah..




Jangan tamak tau ..


Masyaallah cuba kita fikirkan tentang saudara mara kita di luar sana yang amat memerlukan .. ni kita ? terlebih pulak..


Ingat jika syaitan tak ada .. bermakna kita dapat tahu kelemahan nafsu kita dimana..


Masyaallah semua gambar diatas adalah sekadar peringatan untuk kita semua Insyaallah ..Okey lah sekadar ini sahaja perkongsian yang ayep leh kongsikan untuk semua .. harap2 berguna untuk semua.. yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk databgnya daripada kelemahan diri saya sendiri yang banyak melakukan kekhilafan .. assalamualaikum ..


"Dunia Biarlah Berpenat , Akhirat Tempat Aku Berehat"