Friday, 16 May 2014

Ilmu oh Ilmu

Assalamualaikum.
Salam sejahtera...ape kabar semua?ayep harap korang sihat2 senantiasa di bawah lindungan yang Maha Berkuasa Insyaallah.

Hari ni ayep nak share pasal "ILMU" ..bersempena dengan hari guru hari ni iaitu 16 Mei 2014 pertama sekali ayep nak ucapkan terima kasih kepada guru2 yang pernah mendidik ayep mengajar ayep tentang hidup di dunia ni..sesungguhnya tidak terbalas jasa kalian walaupun dibalas dengan emas bergunung-gunung.

          Ayep rasa tanpa ilmu kita semua tak akan dapat hidup sehinggalah sekarang ni. Tanpa ilmu juga siapalah kita sebab tu Nabi Muhammad SAW ada bersabda yang bermaksud "tuntutlah ilmu walau ke negeri China sekalipun" . Dari apa yang Rasulullah sampaikan dalam hadis ni boleh dirumuskan bahawa pentingnya ilmu dalam kehidupan kita kerana harta jika diperdagangkan ianya berkurang manakala ilmu jika diperdagangkan ianya semakin banyak dan meninggi. 

           Tidak hairanlah ilmu yang kita miliki sekarang mestilah berpunca daripada seseorang yang bergelar cikgu/guru/ustaz/ustazah dan sebagainya.Hargailah pengorbanan mereka,nescaya tanpa mereka kita tidak mampu mencapai impian kita. Jangan sesekali kita lupa akan siapa yang mengajar kita walaupun sekecil zarah ilmu yang diterima. Jadilah semacam padi semakin berisi semakin tunduk. Mudah-mudahan jika kita mengigati mereka yang mengajar ,kita akan memperoleh keredaan dan kesenangan hidup. Ingatlah menuntut ilmu itu umpama perjalanan hidup semakin banyak ilmu semakin tinggi martabat seseorang.

                                             
                                                 

           Sekiranya kita nak dapat kebahagian hidup, carilah ilmu untuk kedua-dua dunia. Insyaallah kita memperoleh kesejahteraan hidup dunia akhirat. Ilmu Al-Quran mestilah dikuasai terlebih dahulu sebelum mengejar ilmu duniawi kerana semua ilmu duniawi itu bersumber dan bertunjangkan ilmu Al-Quran semata-mata. Senantiasa ingat akan kehidupan dunia yang hanya sementara menuju ke negeri akhirat yang kekal selama-lamanya.Setakat ni saja ayep nak kongsikan ilmu yang ayep harap berguna untuk semua pembaca. Ayep mohon maaf sekiranya ada yang tersinggung. Yang baik itu daripada Allah yang buruk itu kelemahan ayep sendiri sebagai seorang hamba yang lemah. Assalamualaikum.

          "Dunia Biarlah Berpenat , Akhirat Tempat Aku Berehat"

No comments:

Post a Comment