Saturday, 17 May 2014

Masihkah Ada Waktu?

Hye..
Assalamualaikum wbt kepada pembaca setia blog ayep yang ayep sayangi semua ni..mudah2han korang dilimpahi barakah dan rahmat dari Allah SWT mintanya.

Hari ni nak share pasal ape ekk? Tetiba plak ayep rse nk share pasal "MASA". Ada apa dengan masa?Ada ape dengan waktu? Haaa...korang mesti fikir siang dan malam kn?. Tpi bukan tu yang ayep nak share..tapi ayep nak share pasal apa yang kita dah buat dengan masa yang kita lalui sepanjang kita hidup ni?...macam seram jer..macam seram jer..haha

          Ingat dalam Surah Al Asr Allah ada menyatakan tentang masa yang bermaksud : "Demi masa ! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian . Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati (supaya menetapi) kesabaran". 




              Jelas ayat diatas menerangkan bahawa manusia itu dalam kerugian sekiranya masa tidak diuruskan dengan baik. Menurut pandangan ayep kita sebagai seorang manusia seharusnya menggunakan masa dengan sebaik mungkin agar masalah yang kita hadapi dapat diselesaikan dengan sebaiknya. Wal hal ramai diantara remaja di abad ke 21 ini tidak menghiraukan kepentingan masa malahan mereka menganggap bahawa mereka akan hidup lama berbanding orang yang lebih tua sedangkan yang menentukan ajal maut semuanya ditangan Allah sahaja.

             Ayep juga nak menekankan tentang apa yang kita buat sepanjang masa tersebut berlalu? Adakah kita menggunakannya ke arah kabaikan atau sebaliknya? Memang manusia sentiasa melakukan khilaf ..namun manusia mempunyai cara untuk menanganinya dengan cara yang relevan. Kepelbagaian teknologi sekarang menyebabkan manusia tidak menghargai masa yang ada. Mereka hanya memikirkan kehidupan dunia semata tanpa memikirkan apa yang akan dibawa di negeri akhirat nanti.


             Berhati-hati dengan kemewahan dunia kerana ia akan menyebabkan kita lupa untuk beribadah kepada Allah. Gunalah masa dengan sebaik mungkin agar kita sama-sama mendapat ganjaran dari apa yang kita lakukan . Ayep suka mengigatkan bahawa hidup di dunia ini adalah sementara dan yang kekal adalah di akhirat kelak. Sedarlah wahai saudaraku sekalian bahawa dunia kita sudah hampir ke penghujungnya. Bila-bila masa sahaja kita boleh kembali ke pangkuan Ilahi. Sudahkan kita bersedia? Tepuk dada tanya iman. Sekian saja untuk kali ni yerrrr...yang baik datangnya dari Allah dan yang kurang baik datangnya daripada kelemahan diri ayep sebagai seorang hamba Allah. Harap korang doakan ayep supaya ayep penjang umur dan dapat meneruskan dakwah ini . Insyaallah. Assalamualaikum..tata^_^

     "Dunia Biarlah Berpenat , Akhirat Tempat Aku Berehat"

No comments:

Post a Comment