Tuesday, 17 June 2014

Wanita Hiasan Dunia ^_^

Assalamualaikum wbt ..
Apa khabar korang yer? Insyaallah semuanya dilindungi Allah .
Hari ni ayep nak share pasal ??? hihi  .. wanita / perempuan / isteri atau huiasan dunia.
betapa pentingnya wanita ini sehingga dirakamkan Allah swt mengenainya di dalam kitab yang agung iaitu Al-Quran Al-Karim iaitu didalam surah An-Nisa' . Alangkah beruntungnya wanita apabila nama mereka diangkat di dalam Al-Quran seperti Mariam , Zulaikha dan banyak lagi .. Masyaallah ..

         Wanita bukan sahaja mempunyai kisah mereka masing-masing, malahan mereka juga menjadi ikon kepada manusia sejagat dan menjadi panduan kepada sekalian mahluk dalam memimpin diri bertunjangkan asas Islam yang kukuh . Apa lagi tentang wanita ? Acap kali kita dengar dari corong-corong radio mahupun di media massa , kehebatan wanita yang tampak terserlah ialah sifat kesabaran yang mereka perolehi . Kenapa? Sebab wanitalah yang melakukan semua perkara ,, korang tak caya? cuba korang tengok ibu korang .. dari mula korang dilahirkan sehinggalah sekarang , berapa banyak perkara atau kenakalan yang korang buat? huhuhu .. siapa yang tegur korang sekiranya korang buat salah tanpa berhenti? semestinya ibu kan .. Allah kurniakan kepada perempuan itu sifat sabar yang tidak boleh ditandingi oleh kaum Adam .. Subhanallah..


Namun pada zaman Generasi Y ini adakah wanita yang ada sama seperti wanita pada zaman Rasulullah? Jika kita renung sejenak apa yang berlaku sekarang dimana wanita melahirkan anak tidak sah taraf semakin berleluasa , penzinaan secara tidak terkawal , isteri derhaka kepada suami dan macam-macam lagi . Adkah ini semua 100% berpunca daripada kurangnya tarbiah daripada ibu bapa? Akhlak dan iman yang goyah juga faktor pemangkin gejala ini berlaku. Ingin ayep kongsikan disini Hadis Rasulullah saw yang bermaksud:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)
Jelas disini menunjukkan bahawa wanita sekarang perlu sedar dan bangkit dalam menghadapi era sains dan teknologi ini supaya kamu boleh setanding dengan orang2 yang berjaya . Tiada masa lagi untuk kamu berlengah-lengah lagi .. lakukan amar makruf nahi mungkar !! Jangan sampai maruah kamu tergadai disebabkan nafsu yang mengawal diri kamu dan ayuhlah bangkit wahai kaum Hawa .. agar kamu semua tidak termasuk dalam golongan orang2 yang dinyatakan di dalam hadis diatas.

Sebelum ayep habiskan kata2 ayep ingin ayep kongsikan sebuah lagi hadis yang membolehkan para wanita memperoleh syurga Allah swt berpandukan 4 syarat yang diperkatakan di dalam Hadis Rasulullah  dalam Kitab Bahru Al-Madzi tersebut iaitu :

1. Mendirikan solat lima waktu.
2. Puasa di bulan ramadan,
3. Menjaga farajnya (maruah diri).
4. Mentaati perintah suami.

Mudah-mudahan dengan perkongsian kali ini ayep harap lebih ramai pemudi Islam yang sedar dan bangkit ke arah yang lebih baik . Ingatlah Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud "Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa , melainkan mereka mengubah nasib merekan sendiri " , Semoga firman Allah ini sedikit sebanyak dapat menjadi iktibar kepada pembaca ayep yang ayep sayang ni .. hihi
Akhirnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari diri ayep yang kerdil ini . Assalamualaikum wbt .. doakan ayep ehh supaya berjaya dalam SPM yang akan datang .. Insyaallah.


"Dunia Biarlah Berpenat , Akhirat Tempat Aku Berehat"




Thursday, 5 June 2014

Bangkitlah Wahai Mujahid !

Assalamualaikum wbt. kepada semua yg dirahmati Allah .
Korang ngah wat ape cuti2 ni? Mesti ada yang sedang bercuti kan? Walau apa2 pun korang buat, sentiasa jalankan tanggungjawab kita kepada Allah ehh... ok la hari ni ayep nak share pasal kem yang bru2 ni ayep pegi. "EKSPLORASI TARBAWI REMAJA MUSLIM (X-TREM).

              Nak dipendekkan cerita kem tu berlansung dari 30 MEI -1JUN yang lepas. Pada first day ayep datang memang da rasa aura x-trem tu..haha..cuak tak cuak..Dah settle semua letak barang kita org pon ade sesi ice-breaking ..di situ bru la kenal-mengenali semua nya termasuk abg2 fasi.



Pada malam pertama tu kita org main game belon apetah..haha da lupa..pastu jam lebih kurang 10 kot..kita org ade game yang menguji daya tahan fizikal dan mental..haha

Keletihan dan keletihan yg teramat..tpi masih okey

Rasanya bnyak klu nk diceritakan..tangan pon malas nak type bnyak2 nnti ayep postkan gambar2 je ehh..sebelum tu ayep nak share sikit ibroh yang ayep dapat sepanjang kem ni : 

- Pemuda2 dan pemudi2 Islam harus ada keyakinan dan kekuatan dari segi fizikal dan mental untuk menempuhi anasir-anasir luar terutama yang mahu melihat keruntuhan tamadun Islam.

-Kem ni juga dapat membangkitkan jiwa2 mujahid yang lama terkubur dan sudah lama hidup dalam kesenangan dan keselesaan.

-Dari kem ni jugak ayep dapat mengambil penekanan dari segi pengurusan masa dan disiplin yang kukuh kalau nak menjadi orang yang berjaya .

-Kebergantungan kepada Allah yang mantopp juga harus ade untuk mengelakkan diri kita terpesong dari ajaran yang sebenar.

-Allah selalu berada dengan orang2 yang bersabar.

-Pilih kawan yang betul dan mengenalinya dengan sepenuh hati.

-Tarbiah yang bertunjangkan agama Islam amat penting bagi menjamin anak watan yang berfikiran terbuka dan meletakkan Allah sebagai yang utama dari segala-galanya.

Ni masa first day..kita orang kena wat bendera bagi melambangkan kumpulan masing2.

Aaaa..time ni ngan wat cheer..sebelum tu dari kiri sekali tu ketua kumpulan kami ..bersemangat siott..haha..GO MAT KILAU!!

Abg2 fasi yang bersemangatt..

Ayuh kita push up !!

Sebelum balik kami wat utk fasi2..haha
Senaman pagi hari terakhir..huhu

Kenangan sebelum masing2 pulang ke gagang..haha..walaupun kejap je kenal tpi uhkuwah yang terjalin insyaallah abadan abada..

Ok la setakat ni je..mata pon da ngantuk jap lgi nk g kl lak..assalamualaikum semua..nikmati cuti anda dengan perkara2 yang berguna yer..


"Dunia Biarlah Barpenat , Akhirat Tempat Aku Berehat"















Saturday, 17 May 2014

Masihkah Ada Waktu?

Hye..
Assalamualaikum wbt kepada pembaca setia blog ayep yang ayep sayangi semua ni..mudah2han korang dilimpahi barakah dan rahmat dari Allah SWT mintanya.

Hari ni nak share pasal ape ekk? Tetiba plak ayep rse nk share pasal "MASA". Ada apa dengan masa?Ada ape dengan waktu? Haaa...korang mesti fikir siang dan malam kn?. Tpi bukan tu yang ayep nak share..tapi ayep nak share pasal apa yang kita dah buat dengan masa yang kita lalui sepanjang kita hidup ni?...macam seram jer..macam seram jer..haha

          Ingat dalam Surah Al Asr Allah ada menyatakan tentang masa yang bermaksud : "Demi masa ! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian . Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati (supaya menetapi) kesabaran". 




              Jelas ayat diatas menerangkan bahawa manusia itu dalam kerugian sekiranya masa tidak diuruskan dengan baik. Menurut pandangan ayep kita sebagai seorang manusia seharusnya menggunakan masa dengan sebaik mungkin agar masalah yang kita hadapi dapat diselesaikan dengan sebaiknya. Wal hal ramai diantara remaja di abad ke 21 ini tidak menghiraukan kepentingan masa malahan mereka menganggap bahawa mereka akan hidup lama berbanding orang yang lebih tua sedangkan yang menentukan ajal maut semuanya ditangan Allah sahaja.

             Ayep juga nak menekankan tentang apa yang kita buat sepanjang masa tersebut berlalu? Adakah kita menggunakannya ke arah kabaikan atau sebaliknya? Memang manusia sentiasa melakukan khilaf ..namun manusia mempunyai cara untuk menanganinya dengan cara yang relevan. Kepelbagaian teknologi sekarang menyebabkan manusia tidak menghargai masa yang ada. Mereka hanya memikirkan kehidupan dunia semata tanpa memikirkan apa yang akan dibawa di negeri akhirat nanti.


             Berhati-hati dengan kemewahan dunia kerana ia akan menyebabkan kita lupa untuk beribadah kepada Allah. Gunalah masa dengan sebaik mungkin agar kita sama-sama mendapat ganjaran dari apa yang kita lakukan . Ayep suka mengigatkan bahawa hidup di dunia ini adalah sementara dan yang kekal adalah di akhirat kelak. Sedarlah wahai saudaraku sekalian bahawa dunia kita sudah hampir ke penghujungnya. Bila-bila masa sahaja kita boleh kembali ke pangkuan Ilahi. Sudahkan kita bersedia? Tepuk dada tanya iman. Sekian saja untuk kali ni yerrrr...yang baik datangnya dari Allah dan yang kurang baik datangnya daripada kelemahan diri ayep sebagai seorang hamba Allah. Harap korang doakan ayep supaya ayep penjang umur dan dapat meneruskan dakwah ini . Insyaallah. Assalamualaikum..tata^_^

     "Dunia Biarlah Berpenat , Akhirat Tempat Aku Berehat"

Friday, 16 May 2014

Ilmu oh Ilmu

Assalamualaikum.
Salam sejahtera...ape kabar semua?ayep harap korang sihat2 senantiasa di bawah lindungan yang Maha Berkuasa Insyaallah.

Hari ni ayep nak share pasal "ILMU" ..bersempena dengan hari guru hari ni iaitu 16 Mei 2014 pertama sekali ayep nak ucapkan terima kasih kepada guru2 yang pernah mendidik ayep mengajar ayep tentang hidup di dunia ni..sesungguhnya tidak terbalas jasa kalian walaupun dibalas dengan emas bergunung-gunung.

          Ayep rasa tanpa ilmu kita semua tak akan dapat hidup sehinggalah sekarang ni. Tanpa ilmu juga siapalah kita sebab tu Nabi Muhammad SAW ada bersabda yang bermaksud "tuntutlah ilmu walau ke negeri China sekalipun" . Dari apa yang Rasulullah sampaikan dalam hadis ni boleh dirumuskan bahawa pentingnya ilmu dalam kehidupan kita kerana harta jika diperdagangkan ianya berkurang manakala ilmu jika diperdagangkan ianya semakin banyak dan meninggi. 

           Tidak hairanlah ilmu yang kita miliki sekarang mestilah berpunca daripada seseorang yang bergelar cikgu/guru/ustaz/ustazah dan sebagainya.Hargailah pengorbanan mereka,nescaya tanpa mereka kita tidak mampu mencapai impian kita. Jangan sesekali kita lupa akan siapa yang mengajar kita walaupun sekecil zarah ilmu yang diterima. Jadilah semacam padi semakin berisi semakin tunduk. Mudah-mudahan jika kita mengigati mereka yang mengajar ,kita akan memperoleh keredaan dan kesenangan hidup. Ingatlah menuntut ilmu itu umpama perjalanan hidup semakin banyak ilmu semakin tinggi martabat seseorang.

                                             
                                                 

           Sekiranya kita nak dapat kebahagian hidup, carilah ilmu untuk kedua-dua dunia. Insyaallah kita memperoleh kesejahteraan hidup dunia akhirat. Ilmu Al-Quran mestilah dikuasai terlebih dahulu sebelum mengejar ilmu duniawi kerana semua ilmu duniawi itu bersumber dan bertunjangkan ilmu Al-Quran semata-mata. Senantiasa ingat akan kehidupan dunia yang hanya sementara menuju ke negeri akhirat yang kekal selama-lamanya.Setakat ni saja ayep nak kongsikan ilmu yang ayep harap berguna untuk semua pembaca. Ayep mohon maaf sekiranya ada yang tersinggung. Yang baik itu daripada Allah yang buruk itu kelemahan ayep sendiri sebagai seorang hamba yang lemah. Assalamualaikum.

          "Dunia Biarlah Berpenat , Akhirat Tempat Aku Berehat"

Thursday, 1 May 2014

Jalan-jalan

Hari ni sempena 1 Rejab 1435H, semua ahli ade..pergi Tanjung Piai @ "penghujung benua asia"...haaaa..bunyi macam best kan..hihi..alhamdullilah

Sunday, 13 April 2014

Warkah Seorang Anak

Assalamualaikum...
Ape kabar semua? Ayep hopes u alls dlm keadaan sihat sejahtera , dilindungi  dan dibawah naungan Allah SWT selalu...insyallah
Hari ni Ayep nk citer pasal dua org insan yg amat bermakna dalam kehidupan kita..mereka iu ialah ibu dan ayah kita. Tak kisah la korang panggil ape mommy-daddy /umi-walid /mama-papa / dll..
Merekalah yg telah melahirkan, menjaga , mengajar kita..sehinggalah kita yg sekarang...so tak hairanlah ramai cendikiawan diluar sana yg meletakkan ibu bapa sebagai titik tolak untuk mereka berjaya dan mencapai cita-cita mereka.
Namun, bagaimana kita nak balas jasa mereka? Adakah kita sudah membuat mereka bahagia? Bilakah kali terakhir kita melihat wajah mereka? Disaat bilakah kali terakhir kita mengucup dahi mereka dan mengatakan "abang sayang mama , abang sayang abah" ??? Mengapa kita selalu ingkar akan suruhan mereka? Semua soalan ini hanya tepuk dada tanya iman ....tidak dinafikan Ayep pon mcm korang...sentiasa melakukan khilaf..tpi ingatlah semua org berhak melakukan kebaikan ...dan hendaklah sentiasa ingat bahawa tanpa ibu bapa, siapalab diri kita yg hina ini.. Rasulullah SWA ada bersabda yg bermaksud ; "reda Allah bergantung pada reda ibu bapa"..jelas disini betapa tingginya martabat ibu bapa disisi Allah ...oleh yg demikian..kitabseharusnya bersyukur dan merenung kembali apa yg kita sudah lakukan kpd kedua-dua ibu bapa kita..sewajarnya kita perlu mendahului mereka dalam apa jua yg kita lakukan...
     Ayep rasa sampai disini sahaja perkongsian yg hendak disampaikan..semoga ape yg Ayep tulis ni dpt menggigatkan kita akan kedua orang tua yg teralu bermakna dalam hidup kita..marilah kita ucapkan terima kasih dan cakap sye sayang Mama , saya Sayang Abah..walaupon mereka da tiada..
Akhir kata tiada kata selain memuji Allah..tiada daya dgn izinNya..semoga jumpa lgi dihari kemudian..
#Jaga diri, jaga keluarga, jaga agama insyallah menjadilah insan yang berguna^_^

Saturday, 5 April 2014

Nasi Briyani

Assalamualaikum..
Ape kabar semua?Hari ini Ayep nk share sikit pasal "mengidam".

Mesti korang pelik kn?? Actually Ayep mmg da lame nk makan Nasi Briyani..al kisah dimulakan apabila Ayep balik tuition...kat umah Cikgu Asyikin(Bahasa) ...Ayep pegi kelas naik basikal...so bila da smpai mulut mmg mencari-cari la bende utk dimakan...

Bila da smpai umah tetiba terbau haruman yg amat besttt....haha..Upe-upenyer Mama blikn nasi briyani..Ya Allah ..hebatnya seorang ibu...mampu tahu ape yg anak dia nk makan..subhanallah. Thanks Mama..abg syg mama...mmuuahhh....so itulah citernya..Alhamdullilah lepas ngidam nasi briyani....lpas ni???urmm..ape ekk..:')