Friday, 29 August 2014

Assalamualaikum semua!
Lama tak kemaskini blog ni.. alhamdullilah sejak dua menjak ni terbizy dengan urusan yang Allah bagi .. alhamdullilah hari ni sempat jugak untuk jenguk .. tak yah citer panjang2 .. hari ni nak share pasal isteri ..haha nampak mcm blom sesuai kan??? ...haa..tapi seronok tengok org dinikahkan oleh abah .. buat hati ni excited je nak kahwin ..haha... tapi tu semua mainan minda saja .. study..study..study dulu..huhu..nah ayep nak share lagu je hari  ni.. moga yg mendengarnya akan menjadi seperti apa yang dinukilkan dalam lirik ini Insyaallah..
Bye!Assalamualaikum



"Dunia Biarlah Berpenat , Akhirat Tempat Aku Berehat"

Friday, 25 July 2014

Ramadan Terakhir?

Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca yang setia .. lama tak update blog .. disebabkan amanah yang mahu dipikul terlalu banyak .. tapi alhamdulillah hari ni diberi kesempatan untuk menulis coretan yang tidak hebat mana pun ..

           Pertamanya ingin ayep bersyukur kehadrat yang maha berkuasa kerana dapat menyambut 10 malam terakhir ramadan pada tahun ni .. korang macam mana? mudah-mudahan malam lailatulqadar dapat ditemui .. tidak hairanlah ramai orang berpusu-pusu melaksanakan ibadah kepada Allah disetiap saat 10 malam terakhir ni , namun jangan setakat pada 10 malam terakhir ni sahaja kita tawadduk kepada Allah bahkan kalau boleh setiap bulan juga dilakukan perkara yang sama pada bulan-bulan yang lain .

            Hari ni tajuk entri ialah ramadan terakhir? .,. tajuk ini ayep pilih kerana adakah kita akan bertemu dengan ramadan pada tahun hadapan? Sungguh kita hanya merancang .. tapi Allah lah perancang terhebat untuk seorang yang hambanya . Setiap saat dibulan ini sepatutnya dihargai dan digunakan dengan sebaik mungkin tanpa melakukan perkara laranganNya ..




Ramadan bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum .. tapi menahan dari melakukan perkara yang bertentangan .. hebat nya umat terdahulu walaupun berpuasa lapar dan dahaga .. tapi mereka boleh berperang di jalan Allah seperti perang Badar .. inilah yang sebenarnya Islam terapkan bagi setiap umat  agar kuat untuk menghadapi cabaran dalam apa jua situasi .

Ramai orang mencari malam lailatulqadar hanya dimalam hari .. namun disiang hari ? solat tidak dijaga, mengumpat dan sebagainya yang hanya mampu mengurangkan pahala dan menambahkan kepenatan sahaja. Oleh yang demikian , kita seharusnya berusaha beribadah di siang dan di malam hari .. sebelum ajal datang bertamu .. ajal tidak mungkin diberutahu oleh Allah kepada seseorang untuk menghadapi .. namun hambaNya itu hendaklah bersedia bagi menghadapi kematian.

Kematian itu pasti .. tapi apakah kita sudah bersedia? ayep suka berpegang kata-kata ini "rumah kata pergi , kubur kata mari " ..menunjukkan kita ni sapa lah untuk menentukan tarikh kematian.. oleh itu kita haruslah beribadah dan mengigati Allah sepenuhnya terutama pada bulan Ramadan ini amnya dan pada 10 malam terakhir ini khasnya bagi memantapkan iman kita .. ni ayep ada selitkan gambar menunjukkan amalan nabi semasa menghadapi 10 malam terakhir ..




Alhamdullilah setakat ini sahaja perkongsian ayep pada kali ini .. ayep ingin meminta keampunan kepada semua pembaca sepanjang ayep menulis blog ni .. selamat mengejar malam lailatulqadar dan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua pembaca yang ayep sayang..hihi.. yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu datang dari kelemahan dari diri ayep yang hina ini.. mudah-mudahan kita semua sentiasa dibawah lindunganNya.



" Dunia Biarlah Berpenat , Akhirat Tempat Kita Berehat "

Thursday, 3 July 2014

Alahai Ruginya ..

Assalamualaikum wbt. Apa khabar semuanya? harap semua sihat Insyaallah .. hari ni dah 6 hari dah kita menyambut Ramadan .. Alhamdullilah ya Allah .. namun disebalik kegembiraan nagi menyambut bulan yang teramat special ni .. adakah kita menggunakan setiap saat , minit , jam ,hari dengan sebaiknya ? Adakah diisikan dengan aktiviti2 yang berfaedah?

           Dalam kehebatan bulan ni adakah kita sedar yang banyak sebenarnya perkara yang kita telah rugi .. antarany ialah masa .. Ayep telah menyentuh pasal masa pada entri yang sebelum ni .. kita ni terlalu banyak terleka dengan hidangan dunia yang penuh dosa .. namun apakah inisiatif kita untuk membuat ianya semakin baik ? ataupun kita sekadar ambil endah tak endah sahaja ? Tepuk dada tanya iman la yer .. 

Antara yang kita selalu buat time puasa ni ialah pembaziran kn? Sebelum tu ayep nak share pasal makna puasa yang sebenarnya ialah menahan diri daripada makan dan minum dan daripada perkara2 yang membatalkan puasa termasuklah perkara2 mazmumah seperti pembaziran . semua tahu kn yg amalan membazir tu amalan syaitan ..malahan Allah turut merakamkan mengenai pembaziran di dalam Al Quran ..

Allah berfirman yang bermaksud, "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya" 
(Surah Al-Isra, 27)
Ini suatu gambaran yang amat keras kerana syaitan itu makhluk yang paling ingkar terhadap perintah Allah.

Berhubung larangan pembaziran ini juga, Rasulullah SAW bersabda di dalam hadisnya yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi sedekah miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegah ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-adakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta." 
(Riwayat al-Bukhari)





Tengok tu walaupun hadis mengatakan yang pada bulan Ramadan iblis dibelenggu tapi jika kita membazir?? bukan salah iblis kn.. tpi salah diri kita .. nafsu yang tidak dapat dikawal .. Subhanallah..




Jangan tamak tau ..


Masyaallah cuba kita fikirkan tentang saudara mara kita di luar sana yang amat memerlukan .. ni kita ? terlebih pulak..


Ingat jika syaitan tak ada .. bermakna kita dapat tahu kelemahan nafsu kita dimana..


Masyaallah semua gambar diatas adalah sekadar peringatan untuk kita semua Insyaallah ..Okey lah sekadar ini sahaja perkongsian yang ayep leh kongsikan untuk semua .. harap2 berguna untuk semua.. yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk databgnya daripada kelemahan diri saya sendiri yang banyak melakukan kekhilafan .. assalamualaikum ..


"Dunia Biarlah Berpenat , Akhirat Tempat Aku Berehat"


Monday, 30 June 2014

Ramadan Kareem 1435H

Assalamualaikum wbt. , salam Lailatulqadar , salam sejahtera kepada para pembaca yang ayep hormati . Alhamdullilah tahun  ni ayep dapat menyambut puasa sekali lagi bersama keluarga tercinta walaupun sedikit kesedihan menyelubungi untuk tahun ni . 

             Korang sambut macam mana? Mudah2han kita memperoleh keredhaan dalam berpuasa Insyaallah .  Tidak lupa jugak bersempena dengan Ramadan ini jugak ayep nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua orang Islam di seluruh dunia . 


Disini ayep nak kongsikan sedikit ilmu yang ayep rasa penting untuk kita umat Islam yang menjalani ibadah puasa . Antara syarat-syarat sah yang perlu dipatuhi semasa melakukan ibadah puasa adalah seperti :


Selain itu , ayep juga nak kongsikan tentang ??? cer teka .. baiklah tentang NIAT/NAWAITU . Kita sering diingatkan bahawa setiap yang kita lakukan mestilah dengan niat .. tak kira lah sama ada kita nak buat sesuatu yang baik atau sebaliknya .. cuba kita fikir sejenak tentang perompak yang ingin melakukan rompakan .. adakah dia tidak perlu berniat? Kalau tidak berniat macam mana dia boleh plan dengan sebaik mungkin kan? .. Apa-apa pun ayep bukan nak bincangkan macam mana nak merompak .. tapi nak bincang pasal niat .. bagi ibadah puasa juga kita ada niat sebagaimana yang dibuatoleh Baginda Nabi Muhammad saw seperti berikut :


Lagi satu perkara yang kebiasaannya berlaku semasa bulan ramadan ni ialah sikap tamak dan boros . Sikap ni sewajarnya boleh dikawal dengan iman .. namun .. kegairahan kita semasa membeli makanan adalah amat dikesali . Apa- apa pun kita seharusnya cakna akan isu yang yang kian hari kian meruncing ni . Okey lah ayep nak stop dulu lah .. akhir kata yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datangnya daripada kelemahan diri ayep sendiri .. Salam Ramadan semua! Assalamualaikum.


"Dunia Biarlah Berpenat , Akhirat Tempat Aku Berehat "




Tuesday, 17 June 2014

Wanita Hiasan Dunia ^_^

Assalamualaikum wbt ..
Apa khabar korang yer? Insyaallah semuanya dilindungi Allah .
Hari ni ayep nak share pasal ??? hihi  .. wanita / perempuan / isteri atau huiasan dunia.
betapa pentingnya wanita ini sehingga dirakamkan Allah swt mengenainya di dalam kitab yang agung iaitu Al-Quran Al-Karim iaitu didalam surah An-Nisa' . Alangkah beruntungnya wanita apabila nama mereka diangkat di dalam Al-Quran seperti Mariam , Zulaikha dan banyak lagi .. Masyaallah ..

         Wanita bukan sahaja mempunyai kisah mereka masing-masing, malahan mereka juga menjadi ikon kepada manusia sejagat dan menjadi panduan kepada sekalian mahluk dalam memimpin diri bertunjangkan asas Islam yang kukuh . Apa lagi tentang wanita ? Acap kali kita dengar dari corong-corong radio mahupun di media massa , kehebatan wanita yang tampak terserlah ialah sifat kesabaran yang mereka perolehi . Kenapa? Sebab wanitalah yang melakukan semua perkara ,, korang tak caya? cuba korang tengok ibu korang .. dari mula korang dilahirkan sehinggalah sekarang , berapa banyak perkara atau kenakalan yang korang buat? huhuhu .. siapa yang tegur korang sekiranya korang buat salah tanpa berhenti? semestinya ibu kan .. Allah kurniakan kepada perempuan itu sifat sabar yang tidak boleh ditandingi oleh kaum Adam .. Subhanallah..


Namun pada zaman Generasi Y ini adakah wanita yang ada sama seperti wanita pada zaman Rasulullah? Jika kita renung sejenak apa yang berlaku sekarang dimana wanita melahirkan anak tidak sah taraf semakin berleluasa , penzinaan secara tidak terkawal , isteri derhaka kepada suami dan macam-macam lagi . Adkah ini semua 100% berpunca daripada kurangnya tarbiah daripada ibu bapa? Akhlak dan iman yang goyah juga faktor pemangkin gejala ini berlaku. Ingin ayep kongsikan disini Hadis Rasulullah saw yang bermaksud:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)
Jelas disini menunjukkan bahawa wanita sekarang perlu sedar dan bangkit dalam menghadapi era sains dan teknologi ini supaya kamu boleh setanding dengan orang2 yang berjaya . Tiada masa lagi untuk kamu berlengah-lengah lagi .. lakukan amar makruf nahi mungkar !! Jangan sampai maruah kamu tergadai disebabkan nafsu yang mengawal diri kamu dan ayuhlah bangkit wahai kaum Hawa .. agar kamu semua tidak termasuk dalam golongan orang2 yang dinyatakan di dalam hadis diatas.

Sebelum ayep habiskan kata2 ayep ingin ayep kongsikan sebuah lagi hadis yang membolehkan para wanita memperoleh syurga Allah swt berpandukan 4 syarat yang diperkatakan di dalam Hadis Rasulullah  dalam Kitab Bahru Al-Madzi tersebut iaitu :

1. Mendirikan solat lima waktu.
2. Puasa di bulan ramadan,
3. Menjaga farajnya (maruah diri).
4. Mentaati perintah suami.

Mudah-mudahan dengan perkongsian kali ini ayep harap lebih ramai pemudi Islam yang sedar dan bangkit ke arah yang lebih baik . Ingatlah Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud "Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa , melainkan mereka mengubah nasib merekan sendiri " , Semoga firman Allah ini sedikit sebanyak dapat menjadi iktibar kepada pembaca ayep yang ayep sayang ni .. hihi
Akhirnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari diri ayep yang kerdil ini . Assalamualaikum wbt .. doakan ayep ehh supaya berjaya dalam SPM yang akan datang .. Insyaallah.


"Dunia Biarlah Berpenat , Akhirat Tempat Aku Berehat"




Thursday, 5 June 2014

Bangkitlah Wahai Mujahid !

Assalamualaikum wbt. kepada semua yg dirahmati Allah .
Korang ngah wat ape cuti2 ni? Mesti ada yang sedang bercuti kan? Walau apa2 pun korang buat, sentiasa jalankan tanggungjawab kita kepada Allah ehh... ok la hari ni ayep nak share pasal kem yang bru2 ni ayep pegi. "EKSPLORASI TARBAWI REMAJA MUSLIM (X-TREM).

              Nak dipendekkan cerita kem tu berlansung dari 30 MEI -1JUN yang lepas. Pada first day ayep datang memang da rasa aura x-trem tu..haha..cuak tak cuak..Dah settle semua letak barang kita org pon ade sesi ice-breaking ..di situ bru la kenal-mengenali semua nya termasuk abg2 fasi.



Pada malam pertama tu kita org main game belon apetah..haha da lupa..pastu jam lebih kurang 10 kot..kita org ade game yang menguji daya tahan fizikal dan mental..haha

Keletihan dan keletihan yg teramat..tpi masih okey

Rasanya bnyak klu nk diceritakan..tangan pon malas nak type bnyak2 nnti ayep postkan gambar2 je ehh..sebelum tu ayep nak share sikit ibroh yang ayep dapat sepanjang kem ni : 

- Pemuda2 dan pemudi2 Islam harus ada keyakinan dan kekuatan dari segi fizikal dan mental untuk menempuhi anasir-anasir luar terutama yang mahu melihat keruntuhan tamadun Islam.

-Kem ni juga dapat membangkitkan jiwa2 mujahid yang lama terkubur dan sudah lama hidup dalam kesenangan dan keselesaan.

-Dari kem ni jugak ayep dapat mengambil penekanan dari segi pengurusan masa dan disiplin yang kukuh kalau nak menjadi orang yang berjaya .

-Kebergantungan kepada Allah yang mantopp juga harus ade untuk mengelakkan diri kita terpesong dari ajaran yang sebenar.

-Allah selalu berada dengan orang2 yang bersabar.

-Pilih kawan yang betul dan mengenalinya dengan sepenuh hati.

-Tarbiah yang bertunjangkan agama Islam amat penting bagi menjamin anak watan yang berfikiran terbuka dan meletakkan Allah sebagai yang utama dari segala-galanya.

Ni masa first day..kita orang kena wat bendera bagi melambangkan kumpulan masing2.

Aaaa..time ni ngan wat cheer..sebelum tu dari kiri sekali tu ketua kumpulan kami ..bersemangat siott..haha..GO MAT KILAU!!

Abg2 fasi yang bersemangatt..

Ayuh kita push up !!

Sebelum balik kami wat utk fasi2..haha
Senaman pagi hari terakhir..huhu

Kenangan sebelum masing2 pulang ke gagang..haha..walaupun kejap je kenal tpi uhkuwah yang terjalin insyaallah abadan abada..

Ok la setakat ni je..mata pon da ngantuk jap lgi nk g kl lak..assalamualaikum semua..nikmati cuti anda dengan perkara2 yang berguna yer..


"Dunia Biarlah Barpenat , Akhirat Tempat Aku Berehat"















Saturday, 17 May 2014

Masihkah Ada Waktu?

Hye..
Assalamualaikum wbt kepada pembaca setia blog ayep yang ayep sayangi semua ni..mudah2han korang dilimpahi barakah dan rahmat dari Allah SWT mintanya.

Hari ni nak share pasal ape ekk? Tetiba plak ayep rse nk share pasal "MASA". Ada apa dengan masa?Ada ape dengan waktu? Haaa...korang mesti fikir siang dan malam kn?. Tpi bukan tu yang ayep nak share..tapi ayep nak share pasal apa yang kita dah buat dengan masa yang kita lalui sepanjang kita hidup ni?...macam seram jer..macam seram jer..haha

          Ingat dalam Surah Al Asr Allah ada menyatakan tentang masa yang bermaksud : "Demi masa ! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian . Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati (supaya menetapi) kesabaran". 




              Jelas ayat diatas menerangkan bahawa manusia itu dalam kerugian sekiranya masa tidak diuruskan dengan baik. Menurut pandangan ayep kita sebagai seorang manusia seharusnya menggunakan masa dengan sebaik mungkin agar masalah yang kita hadapi dapat diselesaikan dengan sebaiknya. Wal hal ramai diantara remaja di abad ke 21 ini tidak menghiraukan kepentingan masa malahan mereka menganggap bahawa mereka akan hidup lama berbanding orang yang lebih tua sedangkan yang menentukan ajal maut semuanya ditangan Allah sahaja.

             Ayep juga nak menekankan tentang apa yang kita buat sepanjang masa tersebut berlalu? Adakah kita menggunakannya ke arah kabaikan atau sebaliknya? Memang manusia sentiasa melakukan khilaf ..namun manusia mempunyai cara untuk menanganinya dengan cara yang relevan. Kepelbagaian teknologi sekarang menyebabkan manusia tidak menghargai masa yang ada. Mereka hanya memikirkan kehidupan dunia semata tanpa memikirkan apa yang akan dibawa di negeri akhirat nanti.


             Berhati-hati dengan kemewahan dunia kerana ia akan menyebabkan kita lupa untuk beribadah kepada Allah. Gunalah masa dengan sebaik mungkin agar kita sama-sama mendapat ganjaran dari apa yang kita lakukan . Ayep suka mengigatkan bahawa hidup di dunia ini adalah sementara dan yang kekal adalah di akhirat kelak. Sedarlah wahai saudaraku sekalian bahawa dunia kita sudah hampir ke penghujungnya. Bila-bila masa sahaja kita boleh kembali ke pangkuan Ilahi. Sudahkan kita bersedia? Tepuk dada tanya iman. Sekian saja untuk kali ni yerrrr...yang baik datangnya dari Allah dan yang kurang baik datangnya daripada kelemahan diri ayep sebagai seorang hamba Allah. Harap korang doakan ayep supaya ayep penjang umur dan dapat meneruskan dakwah ini . Insyaallah. Assalamualaikum..tata^_^

     "Dunia Biarlah Berpenat , Akhirat Tempat Aku Berehat"